Kesihatan jantung adalah teras kepada kesejahteraan hidup. Menghidapi penyakit jantung membataskan keupayaan anda untuk menikmati kehidupan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dicegah sekiranya ujian saringan jantung dilakukan secara berkala.
Ujian saringan jantung merupakan alat saringan yang paling selamat dan tepat untuk mengesan punca utama penyakit jantung, iaitu pengumpulan kalsium pada arteri koronari. Ukuran plak terkapur dapat membantu doktor mengenal pasti risiko penyakit arteri koronari sebelum anda menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Ujian saringan jantung ini mudah dan tidak menyakitkan, dan pengesanan awal memberi kelebihan untuk menentukan keperluan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup bagi mengurangkan risiko masalah jantung.
Mengambil pakej saringan jantung bagi pengesanan awal memberi anda kelebihan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, yang juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari (CAD), melalui pengurusan amalan harian dan faktor risiko seperti kualiti pemakanan, aktiviti fizikal, merokok, indeks jisim badan (BMI), tekanan darah, jumlah kolesterol atau glukosa darah.
Apabila melibatkan masalah jantung, percayalah Pusat Perubatan Sunway akan membantu menangani masalah anda. Kami menawarkan pakej saringan jantung yang lengkap supaya anda lebih tenang dan dapat menjalani hidup tanpa rasa bimbang.
Kiraan Darah Penuh
Kadar Pemendapan Eritrosit (ESR)
Pengelasan Darah (ABO & Rh)
Profil Fungsi Buah Pinggang
Profil Fungsi Hati
Profil Lipid
Gula Darah Puasa
HbA1c
Asid Urik
Saringan Hepatitis B
T3 Bebas (Free T3)
T4 Bebas (Free T4)
Hormon Perangsang Tiroid (TSH)
Hs-CRP
Kiraan Darah Penuh
Kadar Pemendapan Eritrosit (ESR)
Pengelasan Darah (ABO & Rh)
Profil Fungsi Buah Pinggang
Profil Fungsi Hati
Profil Lipid
Gula Darah Puasa
HbA1c
Asid Urik
Saringan Hepatitis B
T3 Bebas (Free T3)
T4 Bebas (Free T4)
Hormon Perangsang Tiroid (TSH)
Hs-CRP
Untuk mendaftar atau bertanyakan sebarang soalan, sila hubungi kami di:
| Tel | +603-7491 1198 |
|---|---|
| Faks | +603-7491 1423 |
| E-mel | [email protected] |
| Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 8:00 pagi – 5:00 petang Sabtu: 8:00 pagi – 1:00 petang |
| Lokasi | Menara A, Aras 4 (Pusat Kesihatan) Menara D, Aras 8 (Pusat Saringan Kesihatan) |


