Sunway Medical Centre, Sunway City

Memperkenalkan Salah Sebuah Hospital Terbaik di Malaysia

Ditubuhkan pada November 1999, Sunway Medical Centre, Sunway City merupakan hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia yang diiktiraf atas kecemerlangan klinikal dan komitmennya terhadap inovasi perubatan. Sebagai peneraju penjagaan kesihatan global, kami berbangga menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang memperoleh tiga akreditasi utama peringkat hospital daripada badan antarabangsa dan tempatan: Joint Commission International (JCI) dari Amerika Syarikat, Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) International, dan Malaysian Society for Quality & Health (MSQH).

Kami menawarkan ekosistem penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan 330 suite konsultasi dan 24 dewan bedah. Kami sedang memperluas kemudahan untuk menampung lebih daripada 1,000 katil dalam masa terdekat. Bagi kemudahan pesakit dan pelawat, hospital ini turut menyediakan empat tempat letak kereta bertingkat dengan jumlah keseluruhan 2,644 ruang parkir.

Bagi memenuhi permintaan pelancongan perubatan serantau yang semakin meningkat, pengembangan kami pada tahun 2023 merangkumi pembukaan Menara D dan E yang menempatkan jabatan pesakit luar bagi pelbagai kepakaran serta dewan bedah canggih yang dibina khusus. Menara D juga menempatkan jabatan Kecemasan Kanak-kanak khusus yang pertama di hospital swasta di Malaysia, menyediakan rawatan kecemasan khusus yang mesra kanak-kanak.

Pada tahun 2026, kami membuka Menara F, sebuah menara khusus untuk kanak-kanak. Dengan lebih daripada 26 subkepakaran pediatrik, hospital kami menyediakan rawatan perubatan komprehensif serta sokongan penjagaan pencegahan bagi kesihatan fizikal, mental dan tingkah laku bayi, kanak-kanak dan remaja.

Kami membentuk masa depan penjagaan kesihatan melalui Pusat Kecemerlangan yang merangkumi bidang utama seperti Onkologi, Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, Neurosains, Jantung, Paru-paru dan Vaskular, Tulang dan Sendi, Pembedahan Robotik dan Pembedahan Invasif Minimum (MIS), serta Kesihatan Penghadaman. Kepakaran kami turut merangkumi perkhidmatan khusus seperti pemindahan buah pinggang, sumsum tulang dan kornea; implan koklea; terapi berasaskan sel dan gen; serta perubatan tepat melalui Perkhidmatan Perubatan Genomik kami, yang menawarkan diagnostik berasaskan genom untuk penjagaan yang diperibadikan.

Komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Kami telah disenaraikan dalam Newsweek's World's Best Hospitals selama tiga tahun berturut-turut sejak 2024. Sejak 2023, kepakaran kami turut mendapat pengiktirafan dalam ranking Newsweek's Best Specialized Hospitals Asia Pacific, dengan Pediatrik, Onkologi, Neurosurgeri, Gastroenterologi, Pembedahan Jantung, Ortopedik dan Kardiologi disenaraikan dalam edisi 2026. Terbaharu, kami buat pertama kalinya disenaraikan dalam Newsweek's World’s Best Specialized Hospitals 2027, dengan Pediatrik, Neurologi dan Onkologi tersenarai. Kami juga telah diiktiraf dalam Newsweek's World's Best Smart Hospitals selama dua tahun berturut-turut, dengan kemajuan dalam pembedahan berbantukan robot dan pendigitalan penjagaan kesihatan.

Dengan sokongan pasukan multidisiplin yang terdiri daripada lebih 4,000 profesional penjagaan kesihatan, kami teguh dalam komitmen terhadap ketelusan dan penambahbaikan berterusan kualiti penjagaan kesihatan.

Dengan memberi penekanan kepada keselamatan pesakit, hasil klinikal dan pengalaman pesakit, kami memastikan setiap aspek penjagaan memenuhi standard kecemerlangan tertinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami memantau dan meningkatkan kualiti penjagaan, klik di sini.