Pusat Integrasi Khas Onkologi & Penjagaan Paliatif

24 October 2024

Akreditasi sebagai Pusat Integrasi Khas Onkologi & Penjagaan Paliatif Diiktiraf Persatuan Perubatan Onkologi Eropah  (ESMO) tahun 2018 - 2021, 2022 - 2024 dan 2025 - 2027.

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway telah diakreditasi oleh Persatuan Perubatan Onkologi  Eropah (ESMO) yang berprestij sebagai Pusat Integrasi Khas Onkologi & Penjagaan Paliatif Diiktiraf ESMO bagi tempoh 2018 - 2021, 2022 - 2024 dan  diperakui semula untuk tahun 2025 - 2027.  

Anugerah ini membuktikan pengiktirafan antarabangsa ini bukan sahaja terhadap komitmen kami dalam memastikan penjagaan kanser pakar yang komprehensif, malah usaha gigih kami dalam pendidikan dan penyelidikan penjagaan paliatif.

Menerusi integrasi yang diterajui pakar Perkhidmatan Sokongan & Penjagaan Paliatif  terhadap Penjagaan Kanser berpusatkan pesakit, kami memastikan pesakit kanser menerima penjagaan yang holistik dan berkualiti tinggi sepanjang perjalanan kanser mereka. Di sini, keperluan kompleks para pesakit kanser dan ahli keluarga yang menjaga mereka dinilai serta diuruskan secara pakar menggunakan pendekatan pasukan pelbagai disiplin.

   Kembali