Anugerah Kepimpinan Kecemerlangan Pertumbuhan dalam Perkhidmatan Hospital 2016
14 April 2016
Dari kiri: Nadiah Wan, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Korporat, SunMed dan Lau Beng Long, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sunway, menerima anugerah daripada Rhenu Buller, Rakan Kongsi & Naib Presiden Kanan Transformasi Kesihatan, Frost & Sullivan. Turut hadir daripada SunMed ialah Winnie Chia, Pengarah Kewangan, Dato Dr. Charles, Pengarah Perubatan, dan Sherry Woo, Penolong Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu.

Dianjurkan oleh: Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2016
Tarikh: 14 April 2016
Pemenang: Lau Beng Long, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group
Pusat Perubatan Sunway telah mengatasi prestasi rakan seindustri dalam sektor hospital secara menyeluruh, dengan kadar pertumbuhan dua digit yang amat memberangsangkan, melebihi kadar pertumbuhan industri hospital secara keseluruhan. Komitmen syarikat untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan cekap terbukti menerusi tumpuannya dalam pelaburan teknologi terkini serta pembangunan pelan transformasi digital selama 5 tahun. Pelan pertumbuhannya yang kukuh dalam tempoh 5 tahun akan datang dan kepimpinan yang baik dijangka bakal mengukuhkan kedudukan Pusat Perubatan Sunway sebagai pesaing yang mantap di pasaran serta membolehkannya mencapai hasil yang mampan," kata Rhenu Bhuller, Rakan Kongsi & Naib Presiden Kanan, Transformasi Kesihatan, Frost & Sullivan.
Pusat Perubatan Sunway selaku hospital pertama yang diiktiraf oleh Majlis Piawaian Perkhidmatan Kesihatan Australia (ACHS) di Asia Tenggara sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang diberikannya menyeluruh dan bertaraf antarabangsa. Pusat Kanser dan Radiosurgeri dan Pusat Perubatan Nuklear baharunya dijadualkan dibuka pada separuh kedua tahun ini dengan membawakan rawatan kanser terkini kepada pesakit di rantau ini. Pusat Perubatan Sunway turut komited untuk bekerjasama dengan komuniti dan organisasi bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di luar kampus perubatannya, sekali gus meraih Anugerah Penyedia Penjagaan Kesihatan Terbaik di Anugerah HR Vendors of the Year tahun lalu. Hospital itu juga akan membina makmal molekul selangkah ke arah bekerjasama dengan universiti bertaraf dunia seperti Cambridge dan Oxford bagi meneruskan pendekatan termaju dalam bidang seperti perubatan yang diperibadikan (precision medicine).
Kembali


