Anugerah Hospital Antarabangsa Terbaik Tahun 2016

24 May 2016

Anugerah Hospital Terbaik Antarabangsa 2016

Anugerah Hospital Terbaik Tahun 2016

Nadiah Wan, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Korporat, Pusat Perubatan Sunway menerima Anugerah Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan daripada Encik Keith Pollard, Editor Urusan IMTJ & Ketua Pegawai Eksekutif Intuition Communication pada majlis Anugerah IMTJ yang diadakan di Madrid, Sepanyol baru-baru ini.

Anugerah Hospital Antarabangsa Terbaik Tahun 2016

Anjuran: Anugerah International Medical Travel Journal (IMTJ)

Tarikh: 24 Mei 2016

Pusat Perubatan Sunway telah dinobatkan sebagai Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan oleh penerbitan pelancongan perubatan, Anugerah Pelancongan Perubatan IMTJ 2016 (http://awards.imtj.com) pada majlis anugerah tahunan mereka.

Anugerah tersebut telah disampaikan pada 24 Mei di sebuah majlis sambutan berprofil tinggi di Madrid semasa Sidang Kemuncak Pelancongan Perubatan IMTJ yang menghimpunkan semua penyedia perkhidmatan dan pakar terkemuka dalam sektor pelancongan perubatan. Anugerah ini disokong oleh Persatuan Pelancongan Madrid dan Spaincares.

Anugerah itu diberikan kepada Pusat Perubatan Sunway sebagai pengiktirafan atas kecemerlangannya dalam perkhidmatan dan keupayaan dalam menarik dan melayani pesakit antarabangsa (pelancong perubatan) di samping menyediakan kemudahan pesakit dalam dan diagnostik yang berkualiti tinggi. Pusat Perubatan Sunway  mengatasi pesaing-pesaing yang serupa dari seluruh dunia untuk merangkul anugerah ini.

Pengiktirafan terhadap usaha berterusan kami oleh Anugerah Pelancongan IMTJ sebagai Hospital Antarabangsa Terbaik Tahun ini amat membanggakan, terutamanya memandangkan peningkatan bilangan pelancong perubatan yang menjadikan Pusat Perubatan Sunway sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan pilihan mereka. Pada tahun 2015, Pusat Perubatan Sunway meningkatkan bilangan pesakit antarabangsanya sebanyak 30%. Pusat Perubatan Sunway komited untuk memastikan tahap penjagaan pesakit yang tertinggi di kemudahan yang sedia ada dan masa hadapan," kata Nadiah Wan, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Korporat, Pusat Perubatan Sunway.

Pengerusi panel hakim dan Editor Urusan IMTJ, Keith Pollard berkata anugerah itu meraikan penyedia perkhidmatan terbaik dalam industri dan bertujuan untuk menggalakkan pihak lain berusaha untuk menandingi mereka:

"Pelancongan perubatan ialah industri global yang menarik dan kian berkembang, di mana banyak penyedia perkhidmatan menawarkan kecemerlangan dari segi penjagaan perubatan mahupun perkhidmatan pelanggan. Anugerah Pelancongan Perubatan IMTJ adalah satu-satunya anugerah persendirian yang mengiktiraf mereka yang terbaik daripada yang terbaik – dan diharap dapat menggalakkan pihak lain untuk mencontohi kejayaan mereka. Para hakim ingin mengganjarkan inovasi dan kecemerlangan, mengetengahkan amalan terbaik, serta meraikan mereka yang menerajui industri ini dan memberikan hasil rawatan yang terbaik kepada pesakit.

"Semua pemenang kami menunjukkan bagaimana industri pelancongan perubatan sepatutnya dikendalikan – profesional, menawarkan penjagaan tidak berbelah bagi kepada pesakit dan memberikan hasil perubatan yang sebaik mungkin. Saya sudah menantikan anugerah tahun depan dengan harapan klinik dan syarikat lain akan meningkatkan prestasi mereka untuk menandingi atau menjadi lebih baik lagi daripada pemenang tahun ini."

   Kembali