Hospital Pelancongan Perubatan Terbaik Asia Pasifik 2018
07 May 2018


Pusat Perubatan Sunway Terus Mendapat Pengiktirafan di Anugerah Penjagaan Kesihatan & Pelancongan APAC Global Health and Travel 2018
Anugerah Penjagaan Kesihatan & Pelancongan APAC Global Health and Travel 2018 yang telah diadakan di Saigon, Vietnam pada 4 Mei 2018 telah menghimpunkan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang dari seluruh Asia Pasifik.
Anugerah berprestij ini diadakan bagi mengiktiraf usaha gigih dan pencapaian para peserta yang terkemuka dalam industri penjagaan kesihatan. Tahun ini, sejumlah 10 buah hospital ahli di bawah Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia telah memenangi anugerah dalam 18 kategori berbeza. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Pusat Perubatan Sunway telah diiktiraf bukan hanya dalam satu atau dua, tetapi tiga kategori!
- Hospital Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan di Asia Pasifik (pemenang bersama Hospital Antarabangsa Bumrungrad)
- Penyedia Perkhidmatan Onkologi Terbaik Tahunan di Asia Pasifik
- Penyedia Perkhidmatan Neurologi Terbaik Tahunan di Asia Pasifik
Pengiktirafan ini tidak bermakna tanpa semua pihak berkepentingan kami dan kami berterima kasih atas semua sokongan yang telah kami terima selama ini.
Kembali

