Hospital Pakar Terbaik Dunia 2027 Newsweek – Neurologi

24 September 2026

Hospital Pakar Terbaik Dunia 2027 Newsweek – Neurologi

Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kepakaran Neurologi kami telah dinobatkan sebagai yang No. 1 di Malaysia dan antara yang terbaik di dunia dalam senarai Hospital Pakar Terbaik Dunia 2027 (World’s Best Specialized Hospitals 2027) oleh Newsweek.

Ini merupakan kali pertama kami disenaraikan, meletakkan kami sebaris dengan hospital-hospital terkemuka di seluruh dunia seperti Mayo Clinic – Rochester, Cleveland Clinic, dan Johns Hopkins Hospital di Amerika Syarikat.

Penarafan ini mengiktiraf hospital yang cemerlang dalam bidang-bidang kepakaran tertentu, berdasarkan penilaian rapi yang merangkumi syor daripada pakar, data pengalaman pesakit, serta petunjuk kualiti hospital.

   Kembali