Anugerah Trusted Brand Reader's Digest 2024
22 March 2024
Anugerah Trusted Brand Reader's Digest 2024
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) telah diberi penghormatan oleh Reader's Digest menerusi Anugerah Trusted Brand Reader's Digest yang berprestij. Selama lebih dua dekad, Reader's Digest telah menjalankan tinjauan di Malaysia bagi mengukur tahap kepercayaan pengguna terhadap pelbagai jenama. Tinjauan bebas ini mencerminkan sentimen rakyat Malaysia merentasi 45 kategori. Pengiktirafan kepada SMC ini memperkukuh reputasinya, sekali gus meyakinkan pengguna global tentang kebolehpercayaan dan kecemerlangannya.
Kembali


