Anugerah Angels World Stroke Organisation (WSO) 2026 – Status Platinum (Suku Pertama)

01 January 2026

Anugerah Angels World Stroke Organisation (WSO) 2026 – Status Platinum (Suku Pertama)

Sunway Medical Centre, Sunway City berbesar hati menerima Anugerah WSO Angels (World Stroke Organisation) – Status Platinum bagi Suku Pertama tahun 2026.

Pada Suku Keempat tahun 2020, kami melakar sejarah sebagai kemudahan perubatan swasta pertama di Lembah Klang yang menerima pengiktirafan ini atas piawaian tinggi kami dalam penjagaan strok. Sejak itu, kami terus mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah WSO Angels, yang mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap penjagaan strok yang berkualiti.

Anugerah WSO Angels mengiktiraf hospital yang menunjukkan dedikasi terhadap penjagaan strok berkualiti serta telah melaksanakan sistem dan budaya yang bertumpu kepada penambahbaikan berterusan.

   Kembali