Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS)

23 September 2022

Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway Hospital Pertama di Asia Tenggara Dianugerahkan Akreditasi Antarabangsa oleh Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS)

Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SunMed) sekali lagi telah menerima akreditasi penuh daripada Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS) bagi tempoh bermula 23 September 2022 hingga 22 September 2025. Ini adalah berikutan penilaian yang berlangsung dari 25 Julai 2022 hingga 27 Julai 2022.

SunMed merupakan hospital pertama di negara ini yang menerima akreditasi penuh selama 3 tahun daripada Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS) pada tahun 2014. Pengiktirafan ini diberikan atas komitmen hospital dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tertinggi kepada rakyat Malaysia, berasaskan piawaian penilaian penjagaan kesihatan berasaskan bukti (evidence-based) antarabangsa bagi perkhidmatan perubatan pelbagai kepakaran bertaraf dunia yang ditawarkan oleh SunMed.

Akreditasi antarabangsa ACHS yang diterima oleh SunMed menggariskan kualiti tinggi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh pihak hospital, dan secara keseluruhannya menjadi penunjuk kepada kualiti perkhidmatan perubatan di Malaysia.. SunMed berbangga dengan warisan kecemerlangannya serta peranan penting yang dimainkannya dalam membentuk landskap penjagaan kesihatan negara, dengan penyampaian penjagaan yang mantap kepada pesakit dan komitmen terhadap pendidikan perubatan.

SunMed dan ACHS berkongsi nilai yang sama dalam pembelajaran dan pembangunan berterusan dalam bidang penjagaan kesihatan melalui penglibatan komuniti, maklum balas dan penambahbaikan berterusan, menanda aras serta usaha menangani keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Ini memberikan ACHS kefahaman yang mendalam mengenai isu-isu kontekstual tempatan yang penting bagi mencapai kejayaan dalam penilaian akreditasi.

   Kembali