Anugerah Penyedia Penjagaan Kesihatan Korporat Terbaik 2015
01 December 2015


Anjuran: Anugerah HR Vendors of the Year (VOTY) Malaysia (Program Anugerah Serantau Terkemuka bagi Meraikan Penyedia Produk & Perkhidmatan HR Terbaik di Asia)
Tarikh: 1 Disember 2015
Di tengah-tengah perubahan pantas landskap dan peningkatan populasi serantau yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang lebih tinggi, Pusat Perubatan Sunway (SunMed) komited dalam mencapai visinya untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di ASEAN. SunMed berusaha mewujudkan, menyokong dan mengekalkan komuniti yang sihat, bukan sahaja di kawasan sekitar hospital, malah juga di kalangan pihak berkepentingan lain termasuk pelanggan korporat. Bagi membantu memastikan objektif ini tercapai, SunMed berusaha untuk memanfaatkan penambahbaikan dalam empat tonggak utama – prestasi, produk, warga kerja, dan perspektif.
Di bawah segmen produk, pasukan pengurusan pelanggan korporat yang berdedikasi daripada jabatan pembangunan perniagaan membentuk barisan hadapan dalam menyediakan standard tertinggi perkhidmatan pelanggan kepada sektor korporat dan pengamal am.
Pemenang emas ini memahami keperluan untuk memberi ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pelanggan korporat dengan menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja mereka agar mereka boleh menguruskan perniagaan mereka. Tanggungjawabnya sebagai penyedia penjagaan kesihatan tidak bermula dan berakhir di hospital, malah bermula dengan individu di tempat kerja atau di rumah. Bagi mencapai hasrat tersebut, ia telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan serta mempromosikan intervensi gaya hidup demi memastikan pelanggan korporat menikmati kesejahteraan yang lebih baik.
SunMed mempunyai pasukan jururawat dan kakitangan berdedikasi yang bekerjasama dengan pelbagai jabatan klinikal di hospital untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan pencegahan secara di lokasi (on-site) bagi pelanggan korporatnya. Setakat bulan September 2015, terdapat beberapa program saringan, di mana pekerja disaring untuk obesiti, diabetes dan kolesterol serta 20 ceramah kesihatan dijalankan. Program ini dijalankan secara percuma sebagai sebahagian daripada komitmen SunMed untuk membina komuniti yang lebih sihat.
SunMed juga menyediakan program pemeriksaan kesihatan pencegahan melalui Pusat Kesejahteraannya.
Dengan menawarkan lebih daripada 17 pakej pilihan, ia menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disesuaikan khusus untuk pelanggan korporat, daripada pemeriksaan khusus bagi pekerja sektor maritim sehinggalah program pemeriksaan khas, untuk memastikan pekerja sesebuah syarikat cergas dan berkeupayaan menyertai aktiviti berpasukan yang mencabar.
Pada tahun 2014, Pusat Kesejahteraan telah memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 4,567 pesakit dan pelanggan korporat, yang menikmati perkhidmatan tanpa tunai (cashless), diskaun korporat, serta tempoh penyelesaian yang pantas dan cekap.
Kembali

