Anugerah Inisiatif Pemasaran Terbaik 2017
26 April 2017

Faith Tang, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Pusat Perubatan Sunway menerima Anugerah Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan daripada Encik Keith Pollard, Editor Urusan IMTJ & Ketua Pegawai Eksekutif Intuition Communication pada majlis Anugerah IMTJ yang diadakan di Republik Croatia baru-baru ini.
Pusat Perubatan Sunway Dinobatkan Hospital Antarabangsa Terbaik Tahun 2017, Inisiatif Pemasaran Terbaik 2017, serta Inisiatif Kualiti Terbaik – Highly Commendable 2017
Tarikh: 26 April 2017
Pusat Perubatan Sunway telah menerima anugerah Hospital Antarabangsa Terbaik Tahun 2017, Inisiatif Pemasaran Terbaik 2017 serta mendapat kepujian ‘Sangat Dipuji’ (Highly Commended)dalam Anugerah Inisiatif Pemasaran Terbaik oleh penerbitan pelancongan perubatan – Anugerah Pelancongan Perubatan IMTJ 2017 pada majlis anugerah tahunan mereka, Anugerah Pelancongan Perubatan IMTJ 2017.
Anugerah telah disampaikan pada 26 April di sebuah majlis resepsi berprofil tinggi di Opatija, Croatia semasa Sidang Kemuncak Pelancongan Perubatan IMTJ yang menghimpunkan semua penyedia dan pakar terkemuka dalam sektor pelancongan perubatan. Anugerah ini disokong sepenuhnya oleh Primorje-Gorski Kotar County.
Pengerusi panel hakim dan Editor Urusan IMTJ, Keith Pollard berkata, anugerah itu meraikan penyedia perkhidmatan terbaik dalam industri dan bertujuan untuk menggalakkan orang lain berusaha untuk menandingi mereka:
"Pelancongan perubatan ialah industri global yang menarik dan kian berkembang, di mana banyak penyedia perkhidmatan menawarkan kecemerlangan dari segi penjagaan perubatan mahupun perkhidmatan pelanggan. Anugerah Pelancongan Perubatan IMTJ adalah satu-satunya anugerah persendirian yang mengiktiraf mereka yang terbaik daripada yang terbaik – dan diharap dapat menggalakkan pihak lain untuk mencontohi kejayaan mereka. Para hakim ingin mengganjarkan inovasi dan kecemerlangan, mengetengahkan amalan terbaik, serta meraikan mereka yang menerajui industri ini dan memberikan hasil rawatan yang terbaik kepada pesakit.
"Semua pemenang kami menunjukkan bagaimana industri pelancongan perubatan sepatutnya dikendalikan – profesional, menawarkan penjagaan tidak berbelah bagi kepada pesakit dan memberikan hasil perubatan yang sebaik mungkin. Saya sudah menantikan anugerah tahun depan dengan harapan klinik dan syarikat lain akan meningkatkan prestasi mereka untuk menandingi atau menjadi lebih baik lagi daripada pemenang tahun ini."
Kembali




