Anugerah Pengurusan Hospital Asia (HMA) 2005 & 2008

12 April 2019

Hospital Management Asia (HMA) Awards 2005 & 2008

 

Portal Pengurusan Pengetahuan (KM) SunMed Meraih Naib Juara dalam Anugerah HMA

Portal KM SunMed telah memenangi anugerah naib juara dalam Anugerah Pengurusan Hospital Asia (HMA) 2005 di bawah kategori Projek Perkhidmatan Dalaman.

Banyak hospital menyedari bahawa teknologi dan proses perkongsian sahaja tidak menjamin pengurusan pengetahuan yang berkesan.

Pendekatan kami, yang dikenali sebagai portal pengurusan pengetahuan SunMed, bertujuan untuk memudah perkongsian pengetahuan menerusi  11 Team Rooms dan Sistem Pengurusan Dokumen (DMS) dengan memberi tumpuan kepada usaha perkongsian pengetahuan dalam bidang yang mampu memberikan impak serta-merta dan boleh dinilai: iaitu proses, prosedur, atau aktiviti harian yang dihadapi oleh para pekerja.

Pendekatan portal pengurusan pengetahuan SunMed yang mudah namun inovatif ini dibangunkan secara dalaman menerusi sistem Lotus Notes. Ia dibangunkan oleh pasukan tenaga pakar Sunway Group sendiri, sekali gus mencapai objektif kawalan kos yang didorong oleh Pengurusan Tertinggi kami.

Portal pengurusan pengetahuan SunMed juga membolehkan integrasi antara perkongsian pengetahuan dengan latihan serta penyediaan bahan rujukan. Pendekatan perintis ini membolehkan kami menyediakan sumber tunggal yang mudah digunakan dan mudah diselenggara untuk semua perkara yang perlu dipelajari oleh pekerja demi memaksimakan prestasi kerja mereka.

Anugerah Pengurusan Hospital Asia mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada hospital-hospital di Asia yang melaksanakan amalan terbaik hospital. Sebanyak 249 penyertaan daripada 84 hospital di 14 buah negara bersaing untuk anugerah tersebut.

 

Hospital Management Asia (HMA) Awards 2005 & 2008

 

Kelab LEAN SunMed Melangkah ke Arena Asia!

Kelab LEAN Pusat Perubatan Sunway telah memenangi anugerah naib juara dalam Anugerah Pengurusan Hospital Asia (HMA) 2008 di bawah kategori Pemasaran, Perhubungan Awam (PR) atau Promosi.

Kelab LEAN merupakan sebuah Program Obesiti dan Kesejahteraan Pediatrik. LEAN bermaksud Pendidikan Mengubah Kehidupan Menerusi Aktiviti dan Pemakanan. Ia merupakan program intervensi berasaskan keluarga yang holistik pertama di Malaysia, merangkumi intervensi perubatan dan tingkah laku, pendidikan pemakanan, serta senaman fizikal dengan elemen yang menyeronokkan. Pusat Perubatan Sunway mengaplikasikan pendekatan ‘strategi lautan biru’ untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan pencegahan terhadap masalah kesihatan awam No. 1 di dunia - iaitu obesiti, yang kini menjadi epidemik dalam kalangan kanak-kanak.

Anugerah Pengurusan Hospital Asia mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada hospital-hospital di Asia yang melaksanakan amalan terbaik hospital. Kini memasuki tahun ke-7, anugerah ini menampilkan 233 penyertaan dari 15 buah negara yang mewakili 55 buah hospital. Adalah satu penghormatan apabila Kelab LEAN diiktiraf oleh panel hakim antarabangsa sebagai salah satu program terkemuka, inovatif, dan amalan terbaik di rantau Asia.

Anugerah disampaikan untuk projek dalam tujuh kategori: (1) ProjekKhidmat Masyarakat, (2) Projek Perkhidmatan Pelanggan, (3) Projek Pembangunan Sumber Manusia, (4) Projek Perkhidmatan Pelanggan Dalaman, (5) Projek Pemasaran, PR atau Promosi, (6) Projek Keselamatan Pesakit/Penjagaan Perubatan Berkualiti, dan (7) Projek Penambahbaikan Perkhidmatan Jabatan.

   Kembali