Penyedia Perkhidmatan Ortopedik Terbaik Tahunan & Anugerah Pelancongan Perubatan (Naib Johan) 2017

12 April 2019

Pembekal Perkhidmatan Ortopedik Terbaik & Anugerah Pelancongan Perubatan (Naib Johan) 2017

Pembekal Perkhidmatan Ortopedik Terbaik & Anugerah Pelancongan Perubatan (Naib Johan) 2017

Encik Lau Beng Long, Pengarah Urusan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group menerima anugerah daripada Dr Laura Nelson Carney, Penganalisis Penyelidikan Kanan, Penjagaan Kesihatan Asia-Pasifik, AB Bernstein

 

Pusat Perubatan Sunway memenangi Anugerah Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan APAC GHT-Bernstein 2017  

Pusat Perubatan Sunway telah memenangi Anugerah Pembekal Perkhidmatan Ortopedik Terbaik Tahunan di Anugerah Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan APAC GHT-Bernstein 2017 yang diadakan di Bali. Kami juga merupakan naib juara bagi Anugerah Hospital Pelancongan Perubatan Terbaik Tahun 2017 di Asia Pasifik.

Anugerah Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan APAC GHT-Bernstein 2017 dianjurkan bersama oleh AB Bernstein, salah sebuah firma pengurusan pelaburan dan penyelidikan terkemuka AS dan majalah Global Health & Travel yang berpusat di Hong Kong. Anugerah GHT-Bernstein mengiktiraf penyedia perkhidmatan kesihatan yang mengekalkan standard tinggi secara konsisten dalam mencapai nilai kepada pelanggan dan menunjukkan prestasi cemerlang menerusi inisiatif yang meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang disampaikan melalui aspek seperti kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan produk strategik.

Menjelang anugerah itu, Pusat Perubatan Sunway telah dinilai oleh sepasukan  penyelidik dari AB Bernstein, yang memuji fasiliti moden (state-of-the-art) serta lokasi strategik Pusat Perubatan Sunway di bandar terintegrasi Bandar Sunway.

   Kembali