Pengesahan Westgard Sigma

12 April 2019

Westgard Sigma Verification

 

Pusat Perubatan Sunway menerima Pengesahan Westgard Sigma yang pertama di Malaysia

Makmal Pusat Perubatan Sunway mendapat pengiktirafan sebagai institusi perubatan pertama di Malaysia yang menerima Pengesahan Westgard Sigma.

Program Pengesahan Westgard Sigma menggalakkan makmal untuk menetapkan keperluan kualiti masing-masing mengikut tujuan penggunaan, serta menilai prestasi mereka berpandukan sasaran kualiti tersebut. Ia menyediakan pendekatan berasaskan bukti dan berpacukan data bagi mengukur kualiti yang dicapai melalui kaedah makmal serta pengesahan bahawa makmal boleh menyampaikan kualiti tersebut secara rutin dan konsisten.

Program ini menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti Six Sigma di dalam makmal yang menyediakan pendekatan objektif dan kuantitatif bagi menjamin kualiti analisis keputusan ujian adalah wajar untuk kegunaan klinikal yang dihasratkan. Pengesahan ini menawarkan jaminan menyeluruh bagi kualiti analisis proses ujian; pemilihan dan pengesahan sistem instrumen; reka bentuk prosedur kawalan kualiti; penyeragaman amalan kawalan kualiti di samping pemantauan dan penilaian kualiti yang tepat berasaskan skala sigma.

Makmal Perubatan Sunway mengekalkan kualiti analitikalnya yang tinggi secara berterusan dengan menambah baik kaedah kawalan kualitinya bagi memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan termasuk penyedia penjagaan kesihatan, para pesakit, doktor makmal serta perunding.

   Kembali