Farmasi Menara A Sunway Medical Centre menyediakan pelbagai keperluan, daripada suplemen dan produk penjagaan kulit khusus kepada alat bantuan mobiliti, peranti perubatan untuk kegunaan di rumah dan sudah tentu, ubat-ubatan tanpa preskripsi.

Farmasi SunMed Menara A akan bertindak sebagai penyelesaian sehenti bagi barangan penjagaan pesakit khusus dan melengkapkan perkhidmatan hospital sedia ada. Dengan pendekatan berpaksikan pesakit dan menawarkan lebih daripada sekadar maklumat serta nasihat ubat, Farmasi SunMed Menara A juga akan menyediakan program penambahbaikan kesihatan.

Sebagai farmasi yang terletak di dalam hospital swasta tertiari yang diiktiraf, kualiti perkhidmatan yang disediakan amat dititikberatkan. Pelanggan boleh menikmati interaksi satu sama satu dengan ahli farmasi yang berkelayakan. Terdapat juga ruang kaunseling separa persendirian di bahagian belakang farmasi bagi menyediakan ruang khusus untuk pesakit dan pelanggan mendapatkan maklumat serta nasihat ubat. Hakikat bahawa farmasi ini dikendalikan oleh ahli farmasi dari hospital merupakan satu kelebihan tambahan.

Selain menjual barangan kesihatan, Farmasi SunMed Menara A juga akan bekerjasama dengan jabatan lain di dalam hospital untuk menyediakan program promosi kesihatan kepada pesakit, pelanggan dan masyarakat. Sebagai contoh, farmasi runcit ini akan memainkan peranan yang sangat penting dalam program Berhenti Merokok SunMed dengan menyediakan bukan sahaja produk malah kaunseling dan nasihat. Dengan cara ini, Farmasi SunMed Menara A dapat terus mengambil berat tentang pesakit mereka walaupun selepas menerima rawatan di hospital.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Talian Hubungan +603-7491 9191 (Ext. 78401)
Lokasi Tingkat Bawah, Menara A
Waktu Operasi Isnin – Sabtu: 8.00 pagi - 8.00 malam
Ahad & Cuti Umum: Tutup
pharmacy1
pharmacy2
pharmacy3
pharmacy4
pharmacy5