Penyedia Perkhidmatan Pembedahan Kosmetik & Estetik Terbaik 2016

12 April 2019

Pembekal Perkhidmatan Pembedahan Kosmetik & Estetik Terbaik Tahunan 2016

Pembekal Perkhidmatan Pembedahan Kosmetik & Estetik Terbaik Tahunan 2016

Lau Beng Long, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group menerima Anugerah Hospital Terbaik di Malaysia daripada Hiten Sethi, Rakan Kongsi bagi Syarikat Penerbitan Pelancongan & Kesihatan Global (beroperasi di India) pada Majlis Anugerah GHT yang diadakan di Bangkok.

 

Menyediakan perkhidmatan profesional dan inovatif yang berkualiti yang melebihi jangkaan pelanggan adalah strategi operasi teras Pusat Perubatan Sunway  (SUNMED). Usaha berterusan ini telah diiktiraf di 2016 Global Health & Travel Medical Tourism Awards dengan SunMed menerima dua anugerah pilihan pengguna dan dinamakan ‘Hospital Terbaik di Malaysia' dan ‘Pembedahan Kosmetik & Penyedia Perkhidmatan Estetik Terbaik'.

"Kami berbesar hati untuk menerima anugerah daripada Global Health & Travel Medical Tourism Awards serta mengetahui bahawa usaha kami telah mendapat pengiktirafan yang penting ini amat menyuntik semangat kami. Anugerah ini adalah bukti kerja kami dan menjadi peringatan mesra untuk terus memperbaiki diri sepanjang kami terus memberikan yang terbaik dalam penjagaan kesihatan," kata Lau Beng Long, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group.

Sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka, Pusat Perubatan Sunway memberi tumpuan dalam memastikan penjagaan pesakit dan kualiti perkhidmatan pada tahap tertinggi. Sejak dibuka pada tahun 1999, Pusat Perubatan Sunway telah mengekalkan standard yang tinggi secara konsisten bagi memberikan nilai terbaik buat pelanggan.. Prestasi cemerlang mereka sepanjang 2015 terbukti dalam pelbagai inisiatif yang diambil dengan tujuan untuk menambah baik cara penjagaan kesihatan disampaikan khususnya dalam bidang kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan produk strategik.

Dalam memprkukuhkan jenama, dan sebagai institusi penjagaan kesihatan yang diiktiraf antarabangsa, Pusat Perubatan Sunway fokus pada perkhidmatan yang biasanya dicari oleh pelancong termasuk prosedur elektif seperti pembedahan kosmetik kepada prosedur yang kompleks seperti penggantian sendi untuk pinggul dan lutut, pembedahan jantung, rawatan kesuburan dan banyak lagi. Sentiasa berada di barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam menangani cabaran global dan peluang pertumbuhan yang berkaitan, Pusat Perubatan Sunway memanfaatkan pelbagai elemen yang memainkan peranan dalam pertumbuhan dan pembangunannya, termasuklah sentiasa berkembang bagi memenuhi dinamik pelanggan yang kian berubah serta memberi tumpuan kepada pelancong antarabangsa.

"Sebagai penggerak penting dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia, Pusat Perubatan Sunway komited ke arah menyediakan penjagaan kesihatan terbaik dan mengembangkan jenamanya di rantau ASEAN. Selagi kami terus berkembang, kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik kepada pesakit kami sambil menambah baik bidang kepakaran yang berbeza," Lau menambah.

   Kembali